dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Zoom A

2 April 2016 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 1 April 2016 – Selepas satu sesi kelas Zoom A Subjek Sains dijalankan di PI, bersama dengan cikgu Rafidah Binti Rahmat, jalinan kerjasama dan hubungan erat antara PI Linggi dan Sekolah Kebangsaan Linggi berterusan lagi dengan kali ini termaktubnya perjanjian di mana, pada setiap hari rabu jam 3.00 hingga 5.00 petang, pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR akan datang menghadiri Kelas Latihan Zoom A bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris bersama guru pembimbing mereka. Kelas yang berbentuk ulangkaji dan latihan secara online ini akan turut dibantu oleh pengurus atau penolong pengurus PI yang bertugas.

Dengan bilik latihan yang selesa, berhawa dingin, kelengkapan komputer dan internet berkelajuan tinggi, sesi pembelajaran menjadi bertambah mudah dan ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan daya kefahaman dan minat mereka dan seterusnya membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.