dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Learning tvokids.com

22 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
PI Linggi telah mengadakan kelas e-learning baru-baru ini bertarikh 21 Februari 2016 pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas dihadiri oleh seramai 4 orang peserta yang berumur diantara 9 hingga 13 tahun.

Di dalam kelas ini peserta diperkenalkan dengan satu laman web berasaskan e-learning yang menarik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar dan berupaya untuk membantu mereka belajar dan mengulangkaji pelajaran terutamanya di dalam subjek Bahasa Inggeris. Laman web tersebut ialah tvokids.com. Pelajar dibawa meneroka laman web ini dan menjawab soalan latihan di dalamnya.

Selain itu, sebelum kelas e-learning ini bermula, peserta terlebih dahulu telah diajar tentang cara memasang komputer dan diperkenalkan dengan komponen yang ada pada komputer. Sebelum kelas bersurai, peserta turut dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan 'Klik Dengan Bijak' dan sentiasa menggunakan internet dan komputer untuk perkara yang berfaedah sahaja.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.