dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Merdeka Raya

16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan satu majlis sambutan sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya bertempat di PI Linggi ini sendiri. Majlis yang diberi nama 'Merdeka Raya' itu telah disambut dengan begitu meriah sekali bersama kira-kira 50 orang ahli PI yang terpilih di kalangan ahli-ahli yang paling aktif. Pelbagai acara yang telah diadakan seperti Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz Merdeka Raya, Permainan KDB Meletop, Cabutan Nombor Bertuah & Teka Kuih Raya. Tetamu yang datang berpakaian tema hari raya dan pakaian kebangsaan ini dihidangkan dengan jamuan yang juga bertemakan hari raya seperti Nasi Himpit, Rendang, Kuah Kacang, pelbagai jenis biskut raya dan macam-macam lagi. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara nyanyian lagu merdeka beramai-ramai serta sesi bergambar dengan Jalur Gemilang. Majlis yang bermula dari pukul 10 pagi ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah sebelum bersurai pada pukul 1 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.