dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Booth PI di Hari Perasmian Tabika KEMAS Pengkalan

28 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Ahad, 27 Mac 2016 – Sempena dengan perasmian Bangunan baru Tabika KEMAS Pengkalan Durian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, PI Linggi telah dijemput untuk membuka booth di acara tersebut bagi membantu memeriahkan majlis disamping menyampaikan maklumat tentang PI kepada orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan di booth PI ini seperti Kempen Klik Dengan Bijak melalui permainan-permainan yang memberi pengajaran seperti permainan Color Trick (Dewasa), permainan Action Kamen (kanak-kanak). Selain itu turut diadakan ialah Kuiz Keusahawanan, Promosi Pendaftaran Ahli PI secara percuma, Pendaftaran E-Kelas, Kelas INTEL & ICT dan Kelas Usahawan.

PI Linggi juga merasa berbangga kerana ADUN Linggi iaitu YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza dalam ucap selamatnya di hadapan Menteri Besar telah menyentuh sedikit tentang usaha PI Linggi dan menyatakan rasa gembiranya kerana PI Linggi sangat aktif dalam membantu komuniti di Linggi dengan memberi perkhidmatan dan latihan ICT.

Acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.