dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Cyberkids – Entrepreneurship Training

22 November 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 20 & 21 NOVEMBER 2015 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah menganjurkan Program CYBERKIDS – Entrepreneurship Training. Program yang berlansung selama 2 hari dari pukul 9.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang ini adalah ditaja oleh MAXIS Berhad, ianya dihadiri oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada golongan usahawan-usahawan muda sekitar Linggi.

Usahawan-usahawan muda ini telah diajar cara untuk Membina Blog dan Video bagi memperkenal dan mempromosikan produk mereka secara lebih efektif di atas talian. Hasil kerja peserta juga dinilai melalui Kategori Blog Terbaik, Video Terbaik (berkumpulan) dan Pelajar Terbaik. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Herman Mizar Azmi – Senior Executive, Corporate Affairs dan Encik Zulkaperi Hj Manan – Manager, Regulatory USP Project dari MAXIS. Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahman Redza, iaitu ADUN Linggi turut meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan mengenai Blog Terbaik dan Video terbaik tersebut. Beliau berasa amat bangga dan berharap Program seperti ini akan diteruskan lagi selepas ini. Bila ditanya kepada peserta- peserta yang datang, rata-ratanya amat berpuas hati dengan teknik pengajaran, modul serta tips-tips yang diberi.

Pusat Ekonomi Digital turut menjemput mereka untuk menyertai Kelab Usahawan PI Linggi dimana bimbingan dan kursus keusahawanan akan diberikan kepada mereka dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.