MAHIR - Forum Bersama Komuniti Sesi Zon Selatan dan Tengah

9 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

8 Januari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Forum Bersama Komuniti Sesi Zon Selatan dan Tengah.

Sesi forum ini merupakan satu program yang memfokuskan kepada penerangan kepada peserta Mahir Intake 3 serta kepada komuniti yang lain dan masih berminat untuk menyertai kursus Mahir ini.

Forum ini memperkenalkan kursus kemahiran yang ditawarkan iaitu Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Baiki Gadget, Mahir Pertanian Pintar dan Mahir Jahit.

Para peserta turut diberikan pendedahan berkaitan jadual pelaksanaan Mahir Intake yang ke-3 ini bagi membantu peserta membuat persediaan awal. Melalui sesi penerangan dan interaksi bersama komuniti, peserta dapat memahami peluang pembelajaran dan hala tuju program Mahir dengan lebih jelas.

Sebelum forum ini berakhir, satu sesi cabutan bertuah telah diadakan sebagai penghargaan kepada peserta yang hadir, sekali gus menambahkan lagi keterlibatan dan kemeriahan forum ini bersama komuniti.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali