Wellbeing Care - Letih Tapi Tak Nampak (Burnout Surirumah Itu Real)
9 Januari 2026 | Aktiviti Terkini8 Januari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Wellbeing Care yang bertajuk Letih Tapi Tak Nampak – Burnout Surirumah Itu Real)
Sesi webinar ini merupakan satu inisiatif kesedaran yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan emosi golongan surirumah.
Webinar ini menekankan bahawa keletihan dan tekanan yang dialami oleh surirumah sering tidak disedari kerana tugas mereka dilakukan di sebalik tabir. Melalui perkongsian dan penerangan yang bermakna, ini membantu mengenal pasti tanda-tanda burnout, memahami punca tekanan harian serta kepentingan penjagaan diri.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini bertujuan memberi sokongan, meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kesejahteraan mental dalam kalangan surirumah.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: