Cybersecurity - Webinar on Demand (Cara Menangani Ancaman Serangan Siber)
6 Februari 2026 | Aktiviti Terkini5 Februari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Webinar On Demand bagi Cybersecurity yang bertajuk Cara Menangani Ancaman Serangan Siber.
Sepanjang webinar ini, peserta diterangkan mengenai pelbagai jenis ancaman serangan siber seperti pancingan data (phishing), perisian hasad (malware), serangan ransomware dan penggodaman akaun. Penceramah turut menjelaskan cara ancaman ini berlaku serta kesannya terhadap sistem komputer, data peribadi dan operasi organisasi jika tidak dikawal dengan baik.
Selain itu, webinar ini menekankan langkah-langkah pencegahan dan pengurusan keselamatan siber yang berkesan. Antaranya ialah penggunaan kata laluan yang kuat dan unik, pengemaskinian perisian secara berkala, pengaktifan pengesahan dua faktor, serta sikap berhati-hati ketika melayari laman web atau membuka e-mel yang mencurigakan.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: