Mahir Pertanian Pintar - Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 4 : Pengurusan Kawalan Serangga Perosak)
6 Februari 2026 | Aktiviti Terkini5 Februari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Kelas Pertanian Pintar pada Minggu 4 iaitu Pengurusan Kawalan Serangga Perosak.
Kelas ini memberi penekanan kepada pengurusan kawalan serangga perosak dalam sektor pertanian moden. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan kawalan perosak yang sistematik bagi memastikan hasil tanaman yang berkualiti, selamat dan mampan.
Sepanjang kelas ini, peserta didedahkan kepada jenis-jenis serangga perosak yang sering menyerang tanaman seperti ulat, aphid, lalat buah dan kumbang. Penerangan turut diberikan mengenai tanda-tanda serangan perosak serta kesan negatif terhadap pertumbuhan tanaman sekiranya kawalan tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: