Mahir Masak - Kelas Mahir Masak (Minggu 4 : Penyediaan Cookies)
4 Februari 2026 | Aktiviti Terkini3 Februari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Kelas Mahir Masak pada Minggu 4 iaitu Penyediaan Cookies dan peserta telah membuat Biskut Tart Strawberry.
Sesi ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknik penyediaan cookies yang betul, bermula daripada pemilihan bahan sehingga kepada proses pembakaran yang sempurna. Sepanjang kelas ini, peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis bahan asas yang digunakan dalam penyediaan cookies seperti tepung, mentega, gula, telur dan bahan perasa.
Di samping itu, kelas ini juga menekankan penggunaan peralatan bakeri yang betul dan selamat, termasuk ketuhar, loyang dan alatan pengadun. Peserta diberi penerangan mengenai suhu dan masa pembakaran yang sesuai bagi mengelakkan cookies daripada menjadi terlalu keras atau hangus.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: