Mahir Masak - Kelas Mahir Masak (Minggu 1 : Pengenalan Kursus)
17 Januari 2026 | Aktiviti Terkini16 Januari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Kelas Mahir Masak pada Minggu 1 iaitu Pengenalan Kursus.
Kelas Mahir Masak ini merupakan langkah awal dalam memperkenalkan peserta kepada sesi mingguan dan perancangan kelas Mahir Masak ini. Peserta diberi pendedahan tentang objektif kursus, struktur pembelajaran serta kemahiran asas yang akan dipelajari sepanjang tempoh kursus. Pengenalan ini penting bagi membantu peserta memahami hala tuju pembelajaran dan membina minat terhadap bidang kulinari.
Kelas ini juga memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman dan membina keyakinan diri dalam aktiviti memasak. Suasana pembelajaran yang santai dan interaktif menjadikan kelas lebih menarik serta mendorong peserta untuk terlibat secara aktif. Di samping itu, peserta turut diberi gambaran awal kelas mingguan tentang masakan yang akan dipelajari pada minggu-minggu seterusnya.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: