Program Kempen Internet Selamat di Bazar Raya NADI 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini14 Mac 2026 – Petugas NADI Linggi telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat di Bazar Raya NADI 2026 bagi memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang pengunjung.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat dan pameran Kempen Internet Selamat, edaran bahan informasi Kempen Internet Selamat kepada pengunjung. Aktiviti kuiz dan permainan bertemakan Kempen Internet Selamat bagi menarik penyertaan pelbagai peringkat umur serta sesi penerangan mengenai fungsi dan peranan NADI dalam komuniti dan pelaksanaan pendaftaran keahlian NADI.
Turut hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Taufiq Zabidi, Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan yang turut memberi sokongan dan berkongsi maklumat berkaitan keselamatan internet.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: