Kempen Internet Selamat di SJKT Kem Askar Melayu Diraja
12 Februari 2026 | Aktiviti Terkini11 Februari 2026 – NADI Linggi dan NADI Kluster Port Dickson bersama-sama dengan MCMC Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat di SJKT Kem Askar Melayu Diraja. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 6 orang guru.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat Kempen Internet Selamat Modul RSP Sekolah Rendah.
Selain itu, Perlantikan Baharu Ikon Kempen Internet Selamat juga telah diadakan bagi kategori pelajar dan guru.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: