Booth NADI & Kempen Internet Selamat di JOTA JOTI Anjuran Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

18 Oktober 2025 – NADI Linggi dan Kluster NADI Port Dickson bersama-sama dengan pihak MCMC Negeri Sembilan telah menerima jemputan daripada Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dalam penganjuran Jamboree On The Air (JOTA) dan Jamboree On The Internet (JOTI).

Program ini adalah untuk pelaksanaan aktiviti komunikasi dan pembelajaran digital dalam kalangan ahli pengakap, terutamanya dalam mengembangkan Kempen Internet Selamat. Program diadakan secara serentak di lima lokasi dengan anggaran penyertaan 200 hingga 1000 ahli pengakap.

Bagi menjayakan program ini, petugas NADI Kluster Port Dickson telah terlibat dalam memberikan taklimat Kempen Internet Selamat dan mengendalikan booth pameran mengenai Kempen Internet Selamat dan mengendalikan pelbagai aktiviti permainan offline.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput pihak MCMC Negeri Sembilan dan Kluster NADI Port Dickson bagi merealisasikan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali