Booth NADI & Kempen Internet Selamat di Festival Pendidikan Negeri Sembilan 2025
17 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini16 & 17 Oktober 2025 – NADI Linggi dan Kluster NADI Port Dickson bersama-sama dengan pihak MCMC Negeri Sembilan telah menerima jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson dalam penganjuran Festival Pendidikan Negeri Sembilan 2025 Moh Poie PD!: STEM, TVET & Digital pada 16 dan 17 Oktober 2025 di Dewan The Grand Hall, Lukut.
Bagi menjayakan program ini, petugas NADI Kluster Port Dickson telah terlibat dalam memberikan taklimat Kempen Internet Selamat dan mengendalikan booth pameran perkhidmatan pintar NADI antaranya pembelajaran sepanjang hayat seperti DILEA, Tiny Techies, Inisiatif Kerajaan dengan membuka kiosk My Digital ID, Saringan Kesihatan dan mengendalikan pelbagai aktiviti permainan offline.
Program ini juga turut dirasmikan oleh Menteri Negeri Sembilan iaitu Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput pihak MCMC Negeri Sembilan dan Kluster NADI Port Dickson bagi merealisasikan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: