Pendaftaran eKelas Maxis

12 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2025 – Ibu kepada 2 orang pelajar iaitu di antara darjah 5 dan tingkatan 1 ingin mempelajari cara untuk membuat pendaftaran eKelas Maxis kepada anak-anak mereka agar mereka dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran secara atas talian dan ia sepenuhnya percuma.

Petugas NADI Linggi juga memberikan penerangan mengenai NADI LifeLong Learning iaitu sebuah inisiatif pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi pelbagai topik termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Sejarah.

Selain itu, program ini turut memperkenalkan eKelas daripada Maxis, sebuah platform pembelajaran atas talian yang interaktif dan fleksibel untuk pelajar sekolah.

Akhir sekali, diharapkan ilmu yang dipelajari dapat dipratik dan diaplikasikan dengan sebaik yang mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali