Program S.A.F.E Internet di Tabika Kemas Rumah Rakyat Linggi

7 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

6 Januari 2025 – NADI Linggi bersama-sama dengan NADI Kota Pekan dan NADI Batang Melaka telah membuat Program S.A.F.E & Shield Internet di SMK Datuk Abdullah dan telah dihadiri oleh pelajar serta guru sekolah.

Program ini adalah untuk memberi taklimat mengenai keselamatan Internet kepada pelajar di SMK Datuk Abdullah. Petugas memulakan dengan memperkenalkan NADI kepada pelajar serta perkhidmatan yang sedia ada di NADI.

Selepas itu, pelajar diperkenalkan kod Internet S.A.F.E yang merangkumi makna dan ciri-ciri keselamatan Internet serta memberi panduan tentang keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi. Di akhir taklimat, telah mengadakan sesi soal jawab serta beberapa kuiz untuk pelajar mendapatkan hadiah dan saguhati daripada petugas NADI.

Akhir sekali, petugas NADI Linggi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat SMK Datuk Abdullah kerana sudi menjemput NADI Linggi, NADI Kota Pekan dan NADI Batang Melaka untuk membuat program buat pelajar di sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali