Booth KIS @Program Jiwa Komuniti Madani di Muzium Rembau

1 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

31 Julai 2025 – Booth Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran NADI telah mencuri tumpuan dalam Program Jiwa Komuniti Madani Hari Kebangsaan & Hari Malaysia yang berlangsung di Muzium Rembau pagi ini. Program ini diadakan bersempena Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dan menyaksikan penglibatan aktif daripada pelbagai agensi serta komuniti setempat. Seramai 8 orang petugas NADI terlibat dalam mengendalikan booth sepanjang program berlangsung.

Antara aktiviti dan pengisian menarik di booth KIS ialah, Pendaftaran MyDID, Pendaftaran Keahlian NADI, Penyampaian maklumat dan kesedaran mengenai Kempen Internet Selamat (KIS), Permainan interaktif secara dalam talian dan luar talian bertemakan keselamatan internet.

Booth ini bukan sahaja memberi informasi bermanfaat tentang keselamatan internet, malah turut menarik perhatian pengunjung pelbagai peringkat umur melalui pendekatan interaktif dan mesra komuniti. Usaha ini selari dengan matlamat untuk memperkasakan masyarakat dengan kesedaran digital, di samping menyemai nilai-nilai MADANI dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali