Program KIS di Sekolah Kebangsaan Dato’ Raja Melana, Rantau
26 Julai 2025 | Aktiviti Terkini25 Julai 2025 – Seramai 10 orang petugas dari NADI telah menjayakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Raja Melana, Rantau, pada pagi ini. Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 123 orang murid tahap 2 dari Tahun 4, 5 dan 6.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, dengan pelbagai aktiviti dan pengisian bermanfaat yang dirangka khusus untuk mendidik pelajar tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
Antara pengisian utama ialah pengenalan kepada literasi digital, pemahaman tentang had umur penggunaan media sosial, isu buli siber, serta bahaya pengantunan seksual dalam talian. Selain itu, para peserta turut diajar cara-cara kekal selamat ketika menggunakan internet, termasuk mengenal pasti risiko serta langkah berjaga-jaga semasa melayari dunia maya.
Menariknya, nilai MADANI seperti ihsan dan hormat turut diterapkan sepanjang aktiviti, selari dengan usaha membentuk generasi pengguna internet yang berakhlak dan bertanggungjawab.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang penggunaan internet, serta mewujudkan kesedaran terhadap pelbagai ancaman dan risiko dalam talian. Ia juga membantu murid untuk mengenal pasti aktiviti alternatif yang lebih sihat berbanding terlalu bergantung kepada media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: