Program Taklimat Kempen Internet Selamat Daerah Port Dickson di SMK Datuk Hj Abdul Samad

11 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

10 Julai 2025 – NADI Linggi dan Kluster NADI Port Dickson bersama-sama dengan pihak MCMC Negeri Sembilan telah membuat program mengenai Taklimat Kempen Internet Selamat peringkat Daerah Port Dickson di SMK Datuk Hj Abdul Samad dan seramai 130 orang pelajar telah menghadirikan diri bagi progam ini.

Tujuan program ini dibuat adalah bagi menyebarkan lagi mengenai keselamatan Internet kepada pelajar sekolah menengah serta telah membuat pelbagai aktiviti berkumpulan dan dibantu oleh Kluster NADI Port Dickson kepada pelajar.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput pihak MCMC Negeri Sembilan dan Kluster NADI Port Dickson bagi merealisasikan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali