eSukan - Strategi Media Sosial dan Imej Diri
30 November 2025 | Aktiviti Terkini29 November 2025 – Seramai 4 orang peserta yang telah menghadirkan diri bagi sesi Webinar eSukan iaitu Strategi Media Sosial dan Imej Diri di NADI Linggi pada 29 November 2025 (Sabtu).
Tujuan webinar ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan yang sangat bermanfaat kepada peserta tentang kepentingan membina identiti digital yang kukuh dalam industri eSukan yang semakin berkembang pesat.
Sepanjang sesi webinar ini, peserta diterangkan tentang asas-asas penting dalam menguruskan media sosial. Antara perkara utama yang ditekankan termasuklah keperluan untuk mengenal pasti audiens sasaran, memilih platform yang sesuai serta mengekalkan konsistensi dalam penerbitan kandungan.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: