Tiny Techies - Bengkel Mahir Sumo Robot Sesi 5

26 November 2025 | Aktiviti Terkini

25 November 2025 – Seramai 1 orang peserta yang menghadiri sesi Webinar Tiny Techies bagi Bengkel Mahir Sumo Robot Sesi 5 di NADI Linggi.

Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta kepada dunia robotik melalui aktiviti membina serta mengawal Sumo Robot.

Webinar ini membimbing peserta memahami konsep asas robotik, sensor, mekanik, kawalan pergerakan serta strategi pertarungan robot sumo. Peserta juga akan diberi tunjuk ajar cara menambah baik prestasi robot dari segi kelajuan, ketepatan, kekuatan dan kecerdasan pergerakan.

Webinar ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan peminat teknologi yang ingin mendalami bidang robotik dengan lebih praktikal dan interaktif.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali