Program S.A.F.E Internet di SMK Undang Rembau
18 Disember 2024 | Aktiviti Terkini17 Disember 2024 – NADI Linggi bersama-sama dengan NADI Taman Bukit Inai dan NADI Lenggeng telah membuat Program S.A.F.E Internet di SMK Undang Rembau dan telah dihadiri oleh pelajar serta guru sekolah.
Program ini adalah untuk memberi taklimat mengenai keselamatan Internet kepada pelajar di SMK Undang Rembau. Petugas memulakan dengan memperkenalkan NADI kepada pelajar serta perkhidmatan yang sedia ada di NADI.
Selepas itu, pelajar diperkenalkan kod Internet S.A.F.E yang merangkumi makna dan ciri-ciri keselamatan Internet serta memberi panduan tentang keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi. Di akhir taklimat, telah mengadakan sesi soal jawab serta beberapa kuiz untuk pelajar mendapatkan hadiah dan saguhati daripada petugas NADI.
Akhir sekali, petugas NADI Linggi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat SMK Undang Rembau kerana sudi menjemput NADI Linggi, NADI Taman Bukit Inai dan NADI Lenggeng untuk membuat program buat pelajar di sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: