Program SAFE Internet di Tabika Kemas Kg Permatang Pasir

14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

6 Disember 2024 – NADI Linggi telah membuat Program SAFE Internet di Tabika Kemas Kg Permatang Pasir dan telah dihadiri 2 orang guru serta 13 orang pelajar.

Program ini adalah untuk memberi taklimat mengenai keselamatan Internet kepada pelajar Tabika Kemas Permatang Pasir. Petugas memulakan dengan mempekenalkan NADI kepada pelajar serta perkhidmatan yang sedia ada di NADI. Selepas itu, pelajar diperkenalkan kod Internet SAFE yang merangkumi makna dan ciri-ciri keselamatan Internet serta memberi panduan tentang keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi. Di akhir taklimat, pelajar diberikan aktiviti mewarna.

Akhir sekali, petugas NADI Linggi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tabika Kemas Permatang Pasir kerana sudi menjemput NADI Linggi membuat program untuk pelajar di sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali