Kemakini dan Perkongsian Maklumat di Media Sosial

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

25 Jun 2021 – Staff Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi yang bekerja dari rumah di dalam tempoh PKP 3.0 ini tetap berterusan membantu kerajaan menyalurkan pelbagai maklumat melalui perkongsian di FB, Whatsapp, Instagram dan sebagainya.

Pelbagai jenis info serta maklumat terkini mengenai Pandemik Covid-19 yang telah melanda yang telah dikongsikan. Info-info ini diambil daripada sumber yang sahih seperti Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Facebook Majlis Keselamatan Negara, Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Jabatan Penerangan, Facebook Public Health Malaysia dan beberapa berita secara online melalui Facebook Harian Metro, Berita Harian, Bernama, Astro Awani dan macam-macam lagi. Perkongsian dari sumber yang sahih ini amat penting bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan berita palsu mengenai Covid 19 ni lantas menimbulkan kekeliruan dan kekecohan akibat berita yang tidak benar tersebut.

Selain itu, kami juga membuat perkongsian lain seperti info bantuan daripada kerajaan dan pelbagai bantuan lain bagi membantu rakyat yang sedang berada di dalam waktu yg sukar sekarang. Kami juga turut berinisiatif membuat pelbagai video tutorial mengenai ICT dan Keusahawanan untuk mendidik komuniti, memandangkan kelas-kelas latihan di PIK belum dapat dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali