dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kembali Ke Sekolah

14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

13 Januari 2018 – Pada hari Sabtu 13 Januari 2018 yang lalu, PI Linggi telah mengadakan satu program yang diberi nama ‘Program Kembali Ke Sekolah’ dan ianya terbuka kepada semua pelajar samada dari sekolah rendah mahupun menengah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membangkitkan semangat para pelajar untuk ke sekolah sempena sesi persekolahan 2018 yang baru sahaja bermula minggu lepas. Selain itu PI turut memberi pendedahan kepada pelajar sekolah untuk mengaplikasikan kemahiran ICT ke dalam kehidupan harian terutama yang berkait dengan pelajaran.

Antara pengisian program ialah, Aktiviti Membuat Pelekat Nama, Aktiviti Membuat Jadual Waktu Sekolah/ Ulangkaji, Tutorial & Aktiviti Membalut Buku & Cabutan Bertuah. Kesemua aktiviti dikelolakan dan diajar oleh staf PI Linggi sendiri iaitu Pengurus Puan Yusaini Binti Md Yusof, Penolong Pengurus Puan Norhapidah Binti Mokhtar dan Pelajar Praktikal Jurusan Kejuruteraan Elektronik Komputer Cik Shaqira Binti Adnan.

Program yang dimulakan seawal 10 pagi ini tamat pada jam 2 petang dan telah dihadiri oleh seramai 23 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.