Kursus Asas Kemahiran IT Bersama JHEAINS Siri 1-4/2017
16 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Rabu, 15 Mac 2017 – Jalinan kerjasama erat antara PI Linggi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah sekali lagi menghasilkan satu program yang diberi nama Kursus Asas Kemahiran IT bersama JHEAINS. Kursus yang diadakan pada hari Selasa dan Rabu selama 2 minggu berturut-turut ini (4 siri) memfokuskan kepada peserta yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa masjid seperti Imam 1, Imam 2, Setiausaha dan Bendahari.
Objektif utama kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada kesemua AJK masjid yang kebanyakannya adalah dari golongan warga emas tentang cara menggunakan komputer terutamanya yang berkaitan dengan tugas mereka sebagai AJK masjid, seperti menaip dokumen, menjawab dan menghantar email, memuat turun khutbah Jumaat, melayari laman web jabatan agama, mengambil tahu apa yang terkandung dalam laman web pendaftaran nikah/ cerai dan sebagainya.
Kursus yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN Kawasan Linggi) dan menerima 44 orang peserta sepanjang 4 siri kursus ini berlansung. Kursus bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tenghari.
cari maklumat yang dikehendaki melalui internet. Peserta yang rata-ratanya adalah pelajar sama yang datang setiap minggu, dilihat semakin mahir menggunakan Words.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: