dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Jualan Lansung Rakan Usahawan PI

26 November 2017 | Aktiviti Terkini

25 November 2017 – PI Linggi sekali lagi menjemput Rakan Usahawan PI untuk membuat jualan lansung di PI Linggi memandangkan sambutan hangat dan permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitar Linggi pada program serupa yang pernah diadakan 2 minggu yang lepas. Program ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada usahawan - usahawan kecil yang baru mencari tapak perniagaan, menggalakkan mereka menggunakan ICT seperti berniaga melaui media social serta secara tidak lansung membantu memudahkan penduduk Linggi khususnya wanita yang berminat untuk membeli produk dan menggunakan khidmat kecantikan yang tidak terdapat di kawasan ini.

Antara Rakan Usahawan PI yang terlibat ialah Puan Marina Rashid dari Eyna Beautilicious Rembau, Cik Nurafyfah Yaakob dari Fyfa Henna Art Rembau dan Puan Norhafizah Ali - MUA Linggi. Sesi jualan lansung bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang. Apa yang menariknya, selain dari dapat membeli alat solek dan khidmat melukis inai, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai kelas solekan percuma yang diajar oleh Puan Hafizah Ali. Seramai 5 orang peserta yang bertuah untuk mempelajari teknik solekan asas serta menerima sumbangan alat kosmetik percuma yang ditajaoleh Puan Marina Rashid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.