dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Rakaman Drama ‘Cabaran Gemilang eKelas’

6 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 5 Ogos 2017 – Peringkat akhir bagi ‘Cabaran Gemilang eKelas’ di mana peserta-peserta dikehendaki melakonkan drama berdasarkan skrip yang telah dipilih, sambil di rakam oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI. Sesi rakaman ini diadakan di dalam PI Linggi bermula seawal pukul 10 pagi, melibatkan seramai 16 orang peserta dari 4 kumpulan.

Setiap peserta dikehendaki melancarkan skrip masing-masing agar lakonan menjadi mudah dan lancar. Rata-rata peserta dilihat memberi komitmen yang tinggi dan bersemangat untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.

Ternyata sedikit sebanyak matlamat asal cabaran ini diadakan tercapai kerana ianya banyak membantu menajamkan penguasaan Bahasa Inggeris dan mengasah bakat para pelajar eKelas. Pelajar dilihat merasa seronok melakukan aktiviti sebegini. Aktiviti rakaman ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.