dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Tutor Mom eKelas

30 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 29 Julai 2017 – Pada minggu ini, pelajar eKelas PI Linggi telah menerima kehadiran Tutor Mom mereka iaitu Puang Elina Wong Abdullah, Head of Learning and Development Department daripada Maxis.

Puan Elina hadir untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar sekaligus mengajar subjek Bahasa Inggeris dalam slot kelas Bahasa Inggeris dari jam 3.00 hingga 4.30 petang. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sampingan lain yang diadakan seperti permainan, latihan menulis karangan pendek dan bercerita.

Seramai 15 orang pelajar dari tingkatan 1, 2 & 3 telah hadir pada kelas ini. Keramahan Tutor Mom Puan Elina serta aktiviti latihan yang telah dijalankan sedikit sebanyak membangkitkan minat pelajar serta memberi keyakinan kepada mereka untuk berlatih bertutur Bahasa Inggeris di depan kawan-kawan.

PI Linggi sangat mengalu-alukan aktiviti yang sebegini, berdasarkan sambutan dari para pelajar pada Tutor Mom, ternyata mereka amat sukakan sesi pembelajaran seperti ini yang dapat meningkatkan minat dan motivasi mereka. Kami turut berbincang bersama wakil Maxis iaitu En. Herman agar dapat mengadakan kem motivasi atau menjemput Puan Elina untuk datang lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.